Wednesday, June 29, 2011

nikmat yang agung!!!!!


"Dua nikmat agung yang diabaikan kebanyakan orang ialah kesihatan dan masa lapang.(" Hadis riwayat Imam Bukhari, Tirmidzi dan Ibn Majah.)

Ini adalah cerita bergambar yang sebenar. Ianya boleh merubah hidup kita, cara kita berfikir serta maksud hidup kita. Ini adalah kisah seorang lelaki dari Bahrain yang bernama Ibrahim Nasser. Dia telah lumpuh sepenuhnya sejak lahir dan hanya boleh mengerakkan kepala dan jari-jari. Pernafasannya juga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.

Ibrahim telah menanam keinginan untuk bertemu dengan Sheik Nabeel Al-Wadi iaitu seorang ulama’ dari Kuwait. Ayah Ibrahim telah memohon kepada Syeikh Nabeel Al-Wadi agar dapat menunaikan hajat anaknya Ibrahim untuk berjumpa dengannya.



Syeikh Nabeel di Lapangan Terbang dalam perjalanan untuk berjumpa dengan Ibrahim.


Saat-saat bila Syeikh Nabeel masuk ke dalam bilik Ibrahim

Dan ini adalah wajah kegembiraan Ibrahim bila dapat berjumpa dengan Syeikh Nabeel




Perhatikan alat pernafasan dileher Ibrahim…dia tidak dapat bernafas secara normal.


Syeikh Nabeel mencium dahi Ibrahim


Ibrahim bersama-sama ayah, bapa saudaranya dan Syeikh Nabeel
Syeikh Nabeel dan Ibrahim berkongsi cerita tentang dakwah melalui internet dan segala macam usaha yang diperlukan olehnya. Mereka juga berkongsi cerita tentang perkara lain.

Semasa perbualan mereka , Syeikh Nabeel telah bertanyakan satu soalan yang telah menyebabkan Ibrahim tidak dapat menahan tangisan lantas menghamburkan air mata.

Ibrahim tidak dapat menahan air mata yang mengalir apabila mengenangkan pengalaman yang menyedihkan..


Syeikh Nabil mengusapkan air mata Ibrahim

Tahukah anda apakah soalan yang telah menyebabkan Ibrahim tidak dapat menahan kesedihan sehingga menangis sepuas-puasnya?

Syeikh Nabeel telah bertanya kepada beliau, sekiranya Allah memberikan dia nikmat kesihatan sehingga dia boleh berjalan, apakah yang akan dilakukan olehnya ?

Mendengarkan soalan ini, Ibrahim telah menangis sepuas-puasnya sehingga ayahnya, bapa saudaranya dan kesemua orang di dalam bilik itu termasuk juga jurugambar telah menangis .

Dia telah menjawab, "Demi Allah, jika saya boleh berjalan maka saya akan menunaikan solat saya di masjid dengan penuh gembira dan akan menggunakan segala nikmat kesihatan untuk mendapat redha Allah".

Wahai sahabat-sahabat sekelian, Allah telah memberikan kita semua nikmat kesihatan dan kita semua boleh berjalan dengan tidak ada masalah. Adakah kita menunaikan solat kita di masjid ataupun kita hanya membuang masa berjam-jam di depan TV dan komputer ? wahai sahabat2 sekalian cube kite renungkan dan hitungkan..berapa ramai orang yang diberi kesihatan yang baik dan diberikan kesempurnaan pada kaki mereka yang melangkah pergi ke masjid????subhanallah...tak kan sampai Allah s.w.t tarik nikmat yang telah diberikan barulah kite ingat dan kembali padaNya...kebanyakan kite akan ingat pade Allah ketika susah....dan pade kite dikurniakan nikmat yang banyak kite tidak ingat SIAPAKAH YANG PEMBERI NIKMAT ITU????jangan sampai Allah tarik nikmat yang telah diberikan pade kite....naudzubillah!!!








1 comment:

ikan kembung said...

masyaAllah...sngt2 ta'jub akn kisah nih..uwa....sngt2 terharu...Allahuakbar...