Wednesday, March 31, 2010

bace!!!hayati!!!renungkan!!!Amal...

Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi.. jeng!jeng!jeng! .. bunyi.... aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.
Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.
Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.
Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.
tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya plak…
Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuu .. Bunyi lebah bawa madu.
Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah tu kata, 'Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni.' kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah
Kalau semua nak tahu ...

si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.
Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.
Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu.
Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu.. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah. .RENUNGKANLAH..same2 kita berubah ke arah yang lebih baik..

Monday, March 29, 2010

hati kita mati atau hidup????

Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya;

Sebahagian daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.


Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu;

* Hubbul dunia (kasihkan dunia)

* Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)

* Membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota badan kepada maksiat kepada Allah.



Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu;

* Zuhud dengan dunia

* Zikrullah

* Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah.

Masing-masing lupa kepada beribadah kepada Allah...sedangkan????

Rasulullah s.a.w pernah bersabda,
"Beribadah disaat-saat huru hara, dunia kacau bilau adalah seperti hijrah kepadaku."
(Hadis riwayat Imam Muslim).

Muslim yang mampu beribadah dan menunaikan kewajipan agamanya disaat-saat yang penuh dengan huru-hara dan gangguan daripada segenap penjuru dan mampu mengingati Allah s.w.t disaat-saat orang lain lupa dan disibukkan dengan perkara yang melalaikan. Mereka akan diberikan pahala seperti pahala hijrah yang telah dilalui oleh kaum muhajirin dizaman Rasulullah s.a.w. Inilah hikmah perbezaan zaman. Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yang mampu beribadah walaupun dalam keadaan dan suasana yang sangat menyibukkan dan mudah- mudahan kita mendapatkan pahala besar yang telah dijanjikan Allah seperti yan dinyatakan dalam hadis Rasulullah s.a.w. Hadis ini termasuk dalam kitab yang menerangkan tentang hadis-hadis akhir zaman sedangkan tiada disebut dalam lafaz dan mantan hadis peristiwa tentang akhir zaman ataupun tanda-tanda kiamat. Tetapi pada maknanya inilah kejadian akhir zaman.Kita duduk pada zaman yang terakhir.

Tanda hari kiamat sudah mendekati dunia islam ialah Kelahiran Nabi Muhammad S.a.w itu sendiri. Nabi telah meninggalkan kita sudah 1430 tahun dan kita ini sudah berada di penghujung. Dunia sudah terlalu tua. Dalam keadaan yang penuh dengan huru-hara. Ini terbukti dengan macam-macam kisah jahil dengan niat mengejar dunia,cari makan,cari harta dan sebagainya. Sibuk dengan pemerintahnya,sibuk dengan hal masing-masing ataupun huru- hara dengan makna berlakunya pelbagai maksiat yang tak pernah berlaku dan maksiat yang sudah berlaku semakin bertambah banyak.

Maka dalam keadaan masyarakat hari ini.Masing-masing lupa kepada beribadah kepada Allah. Barangsiapa yang masih lagi sempat meluangkan masa beribadah kepada Allah maka pahala-pahala hijrah.iaitu pahala yang telah didapat oleh golongan muhajirin iaitu sahabat yang telah berpindah dari Mekah ke Madinah. Walaupun tidak sama seperti pahala orang orang muhajirin tetapi pahala hijrah itu maksudnya pahala yang sangat besar disisi Allah s.w.t.

Kenapa pahala yang begitu besar diberi kepada kita oleh Allah s.w.t ?
Kerana pada akhir zaman maksudnya orang semakin lupa untuk beribadah. Ketika orang ramai sibuk beribadah seperti mana zaman Nabi s.a.w.,zaman para sahabat, zaman tabi'in dan zaman solafus soleh. Pada masa ini pahala yang didapati tidak sebanyak pada zaman kita. Apa jua pekerjaan pun kalau ramai orang boleh melakukannya maka bayarannya sedikit sahaja. Tetapi bila pekerjaan itu tidak ramai yang boleh melakukannya maka bayarannya akan banyak.

Zaman kita ini ramai yang tidak mencari akhirat tapi bila kita masih lagi mencari maka banyak pahala yang akan diperolehinya. Itulah kelebihannya kerana orang ramai tidak memerlukannya. Terbuktinya sekarang ini masing-masing sibuk. Sibuk sampai tidak sempat pergi ke masjid. Hanya mampu sekali seminggu saja pergi ke masjid iaitu pada hari Jumaat. Kalau tidak hanya pada Solat sunat hari raya sahaja. Sibuk sampai tidak sempat menadah kitab. Orang mengajar hadis, tidak boleh hadir, orang mengajar tafsir, tidak boleh mari, orang mengajar feqah, tidak ada masa, orang mengajar akidah , ada mesyuarat, Orang mengajar Al-Quran biar jadi lembut lidah, biar jadi sah sembahyang, ada hal kat pejabat, orang nak beritahu bab taharah, haid, nifas, tayamum, wudhu. Tidak diperbolehkan juga. Kenapa? nak sambut menantu dan menimang cucu.

Maknanya kita sangat sibuk. Maka zaman orang sibuk ini, barangsiapa yang sempat maka kitalah orang yang terpilih. Manusia hamba Tuhan yan berakal yang diberikan taufik beserta dengan hidayah. Dalam keadaan ramai orang yang lalai maka janganlah kita menjadi lalai.
Dalam surah Al-Ara'f , Allah berfirman ,
"Jangan ada kamu tergolong dalam golongan orang- orang yang lalai".

Kita kena beribadah dalam keadaan ikhlas kepada Allah. Segala perkara yang baik kita niat kerana Allah s.w.t akan menjadi satu ibadah. Memasak kerana Allah, membasuh kereta kerana Allah dan jadikanlah setiap detik itu berada dalam niat ibadah. Hati elemen yang paling utama dalam memimpin manusia itu kepada beribadah kepada Allah. Rasulullah s.a.w bersabda,
"Dalam tubuh anak adam itu ada seketul daging,kalau baik daging yang seketul ini maka baiklah keseluruhan tubuhnya,jika buruk seketul daging itu maka buruklah keseluruhannya,ketahuilah olehmu itu ialah hati".

Beruntung kita yang membersihkan hati !

www.iluvislam.com
Abang Imam
Editor: Afdhal87

diam!!!!shut up!!!usqut!!!!!!se taire!!!




Diam orang mukmin itu ibadah,
Ibadah tanpa perbuatan,
Ibadah rasa,
Ibadah ini tidak meletihkan,

Kadang-kadang ibadah ini lebih baik daripada ibadah sunat,
Yang hatinya didalam kelalaian,
Macamana orang mukmin itu diamnya menjadi ibadah?

Kadang-kadang memikirkan dosanya,
Kadang-kadang memikirkan apa kebaikan yang nak dibuat,
Kadang-kadang memikirkan nak menolong kawan,
Kadang-kadang dia terasa kebesaran Tuhan,

Atau dia meniatkan, dia diam itu,
Tidak mahu bercakap yang bukan-bukan,
Kadang-kadang dia diam itu,
kalau dia bercakap,
Takut dia melakukan kesalahan,
Seperti dia mengumpat atau,
Kalau dia bercakap, takut-takut menyakiti hati orang,
Atau dia diam itu, menghormati percakapan orang,

Mungkin orang itu bercakap baik dapat pengajaran,
Atau dia hendak mengenal orang yang bercakap itu,
Baik atau jahat,
Dia biarkan saja orang itu bercakap,
Dan mendengar sahaja,
Kerana nak mengenal orang itu,

Kadang-kadang dia diam itu memikirkan dosa-dosa yang lalu,
Ataupun kecuaian dan kelalaian,
Yang telah dibuat, supaya dia bertaubat,
Ataupun mengingatkan ilmu pengetahuan,
Ataupun pengetahuan yang dilupakan datang semula ingatan,

Itulah yang dikatakan oleh pepatah Melayu,

"Diam-diam ubi berisi"

atau
"Diam-diam tong kosong"

atau
"diam-diam tong berisi sampah penuh kotoran ?"



Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat berbicara kearah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.

Sunday, March 28, 2010

rasulullah bersabda:“Wahai Muaz, engkau bertanyakan kepada aku perkara yang amat besar....

PADA suatu hari, Muaz bin Jabal menghadap Rasulullah SAW dan bertanya:
“Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah:
Ketika sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris.
”(Surah an-Naba’, ayat 18).
Mendengar pertanyaan itu, Baginda menangis hingga basah pakaiannya.
Lalu Baginda menjawab: “Wahai Muaz, engkau bertanyakan kepada aku perkara yang amat besar, bahawa umatku akan diiring, dikumpulkan berbaris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri."
Maka, dinyatakan apakah 12 barisan itu.

Barisan 1, diiring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki.
Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih bermaksud: “Mereka itu ialah orang yang ketika hidupnya menyakiti hati jirannya, maka ini balasannya.”

Barisan 2, diiring dari kubur berbentuk babi hutan.
Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: “Mereka itu ialah orang yang ketika hidupnya meringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembalinya adalah neraka.”

Barisan 3, diiring dari kubur berbentuk keldai, perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking.
Mereka ialah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.

Barisan 4, diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.
Mereka ialah orang yang berdusta dalam jual beli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka.

Barisan 5, diiring dari kubur dengan bau busuk. Ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.
Mereka itu ialah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui manusia, tetapi tidak pula takut kepada Allah, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."

Barisan 6, diiring dari kubur dengan kepala mereka terputus dari badan.
Mereka ialah orang yang menjadi saksi palsu. Inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka.

Barisan 7, diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah, tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah.
Mereka ialah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.

Barisan 8, diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.
Mereka ialah orang yang berzina. Inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.

Barisan 9, diiring dari kubur dengan wajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.
Mereka ialah orang yang makan harta anak yatim dengan cara haram, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.

Barisan 10, diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh sopak dan kusta.
Mereka ialah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.

Barisan 11, diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta, gigi memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir melebar sampai ke dada dan lidah terjulur memanjang sampai ke perut serta keluar beraneka kotoran.
Mereka ialah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.

Barisan 12, mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat.
Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:
“Mereka ialah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat.
Maka, inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredaan Allah Yang Maha Pengasih.”

allahuakbar..ya allah ya tuhan kami jauhkan lah kami dari memasuki barisan 1-11 yang disebut dalam hadis ini dan berilah kami ditempat barisan yang ke12 di akhirat kelak yang disebut dalam hadis ini...rahmatilah kami ya allah....RENUNGKANLAH SAHABAT2
SEKALIAN..


GAMBAR BARISAN SEKADAR HIASAN

dUnIA InI hAnYA sEndA gUrAu!!!

allah berfirman yang bermaksud:
"dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau..sedangkan negeri akhirat itu,sungguh lebih baik bagi orang yang bertakwa..tidakkah kamu mengerti?"
(al-an'am:32)

ayat yang lain allah juga telah berfirman yang bermaksud:
"tinggalkanlah orang2 yang menjadikan agamanya sebagai permainan dan senda gurau,dan mereka telah tertipu oleh kehidupan dunia.peringatkanlah (mereka) dengan al-quran agar setiap orang tidak terjerumus(ke dalam neraka),kerana perbuatanya sendiri. tidaka ada baginya pelindung dan dan pemberi syafaat(pertolongan)selain allah..........
(al-an'am:70)

subhanallah..same2 kita renungkan..adakah kita nak menjadikan agama kita sebagai senda gurau??????nauzubillah..moge2 kita semua mendapat rahmat dan ampunan dari allah s.w.t..
amin..

p/s:
letakkanlah dunia ditangan kamu


tapi jangan letakkan dunia di hati kamu..