Wednesday, November 24, 2010

Keistimewaan Wanita


1.
Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana
sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.
Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal
tersebut,jawab baginda: "Ibu lebih penyayang daripada
bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada
1,000 orang lelaki yang soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya,
darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana
takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah
S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan
dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya,
maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah
mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.Maka
barang siapa yang menyukakan anak perempuan
seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan
tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam
syurga.

6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau
tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau
dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam
pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan
penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya
adalah syurga.

7. Daripada Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji
dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu
dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan
menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu,
maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan
tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu
syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia
kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di
laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari
dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana
dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga
sembahyang dan puasanya).

12. Aisyah r.a berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah
S.A.W, siapakah yang lebih besar haknya terhadap
wanita? Jawab baginda,... "Suaminya." "Siapa pula
berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah
S.A.W...."Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa
sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat
akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana
sahaja yang dia kehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan
agama, maka Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga
lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam
rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.
Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan
1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000
kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak
bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala
orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,
keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan
ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi
ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi
satu kebajikan.

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara
anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala
seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas
untuk membela agama Allah S.W.T.

p/s:insyaallah same2 kita berubah ke arah yg lebih baik n menjadi wanita yang taat akan tuhanya dan rasulnya..


Saturday, September 18, 2010

5 Syarat untuk buat maksiat...



Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki i tu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?" "Ya! Anda benar." kata lelaki itu.

Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim.

Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim , mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?" "Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya." Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

Tuesday, April 27, 2010

ade ape dengan iLmU ??




saidina ali r.a pernah ditanya,apakah harta atau ilmu lebih penting ???dengan tegas saidina ali r.a menjawab ilmu lebih penting daripada harta,sebabnya..:

1. ilmu adalah peninggalan anbia sedangkan harta adalah peninggalan fir'aun,qarun dan kuncu2nya..


2.ilmu memelihara kita..tapi harta terpaksa dipelihara..


3.jika banyak harta banyaklah musuh,tapi jika banyak ilmu banyaklah sahabat..


4. harta akan bekurang jika dibelanjakan tapi ilmu akan bertambah..


5.orang yang mempunyai harta akan dihisab tetapi ilmu memberi syafaat pada tuanya..


6.harta lama kelamaan akan binasa tetapi ilmu tidak


7.harta akan menjadikan orang keras hatinya,tetapi ilmu sebagai penawar dan penerang pada tuanya..


8.manusia kadang2 menjadikan harta sebagai tuhan tetapi ilmu menjadikan manusia lebih mengakui kedhaifan dan kehambaan pada tuhanya (allah)..

"ya allah ya tuhan kami..tambahkanlah kepada kami ilmu yang bermanfaat" amennnn..

Wednesday, March 31, 2010

bace!!!hayati!!!renungkan!!!Amal...

Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi.. jeng!jeng!jeng! .. bunyi.... aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.
Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.
Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.
Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.
tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya plak…
Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuu .. Bunyi lebah bawa madu.
Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah tu kata, 'Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni.' kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah
Kalau semua nak tahu ...

si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.
Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.
Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu.
Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu.. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah. .RENUNGKANLAH..same2 kita berubah ke arah yang lebih baik..

Monday, March 29, 2010

hati kita mati atau hidup????

Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya;

Sebahagian daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.


Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu;

* Hubbul dunia (kasihkan dunia)

* Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)

* Membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota badan kepada maksiat kepada Allah.



Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu;

* Zuhud dengan dunia

* Zikrullah

* Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah.

Masing-masing lupa kepada beribadah kepada Allah...sedangkan????

Rasulullah s.a.w pernah bersabda,
"Beribadah disaat-saat huru hara, dunia kacau bilau adalah seperti hijrah kepadaku."
(Hadis riwayat Imam Muslim).

Muslim yang mampu beribadah dan menunaikan kewajipan agamanya disaat-saat yang penuh dengan huru-hara dan gangguan daripada segenap penjuru dan mampu mengingati Allah s.w.t disaat-saat orang lain lupa dan disibukkan dengan perkara yang melalaikan. Mereka akan diberikan pahala seperti pahala hijrah yang telah dilalui oleh kaum muhajirin dizaman Rasulullah s.a.w. Inilah hikmah perbezaan zaman. Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yang mampu beribadah walaupun dalam keadaan dan suasana yang sangat menyibukkan dan mudah- mudahan kita mendapatkan pahala besar yang telah dijanjikan Allah seperti yan dinyatakan dalam hadis Rasulullah s.a.w. Hadis ini termasuk dalam kitab yang menerangkan tentang hadis-hadis akhir zaman sedangkan tiada disebut dalam lafaz dan mantan hadis peristiwa tentang akhir zaman ataupun tanda-tanda kiamat. Tetapi pada maknanya inilah kejadian akhir zaman.Kita duduk pada zaman yang terakhir.

Tanda hari kiamat sudah mendekati dunia islam ialah Kelahiran Nabi Muhammad S.a.w itu sendiri. Nabi telah meninggalkan kita sudah 1430 tahun dan kita ini sudah berada di penghujung. Dunia sudah terlalu tua. Dalam keadaan yang penuh dengan huru-hara. Ini terbukti dengan macam-macam kisah jahil dengan niat mengejar dunia,cari makan,cari harta dan sebagainya. Sibuk dengan pemerintahnya,sibuk dengan hal masing-masing ataupun huru- hara dengan makna berlakunya pelbagai maksiat yang tak pernah berlaku dan maksiat yang sudah berlaku semakin bertambah banyak.

Maka dalam keadaan masyarakat hari ini.Masing-masing lupa kepada beribadah kepada Allah. Barangsiapa yang masih lagi sempat meluangkan masa beribadah kepada Allah maka pahala-pahala hijrah.iaitu pahala yang telah didapat oleh golongan muhajirin iaitu sahabat yang telah berpindah dari Mekah ke Madinah. Walaupun tidak sama seperti pahala orang orang muhajirin tetapi pahala hijrah itu maksudnya pahala yang sangat besar disisi Allah s.w.t.

Kenapa pahala yang begitu besar diberi kepada kita oleh Allah s.w.t ?
Kerana pada akhir zaman maksudnya orang semakin lupa untuk beribadah. Ketika orang ramai sibuk beribadah seperti mana zaman Nabi s.a.w.,zaman para sahabat, zaman tabi'in dan zaman solafus soleh. Pada masa ini pahala yang didapati tidak sebanyak pada zaman kita. Apa jua pekerjaan pun kalau ramai orang boleh melakukannya maka bayarannya sedikit sahaja. Tetapi bila pekerjaan itu tidak ramai yang boleh melakukannya maka bayarannya akan banyak.

Zaman kita ini ramai yang tidak mencari akhirat tapi bila kita masih lagi mencari maka banyak pahala yang akan diperolehinya. Itulah kelebihannya kerana orang ramai tidak memerlukannya. Terbuktinya sekarang ini masing-masing sibuk. Sibuk sampai tidak sempat pergi ke masjid. Hanya mampu sekali seminggu saja pergi ke masjid iaitu pada hari Jumaat. Kalau tidak hanya pada Solat sunat hari raya sahaja. Sibuk sampai tidak sempat menadah kitab. Orang mengajar hadis, tidak boleh hadir, orang mengajar tafsir, tidak boleh mari, orang mengajar feqah, tidak ada masa, orang mengajar akidah , ada mesyuarat, Orang mengajar Al-Quran biar jadi lembut lidah, biar jadi sah sembahyang, ada hal kat pejabat, orang nak beritahu bab taharah, haid, nifas, tayamum, wudhu. Tidak diperbolehkan juga. Kenapa? nak sambut menantu dan menimang cucu.

Maknanya kita sangat sibuk. Maka zaman orang sibuk ini, barangsiapa yang sempat maka kitalah orang yang terpilih. Manusia hamba Tuhan yan berakal yang diberikan taufik beserta dengan hidayah. Dalam keadaan ramai orang yang lalai maka janganlah kita menjadi lalai.
Dalam surah Al-Ara'f , Allah berfirman ,
"Jangan ada kamu tergolong dalam golongan orang- orang yang lalai".

Kita kena beribadah dalam keadaan ikhlas kepada Allah. Segala perkara yang baik kita niat kerana Allah s.w.t akan menjadi satu ibadah. Memasak kerana Allah, membasuh kereta kerana Allah dan jadikanlah setiap detik itu berada dalam niat ibadah. Hati elemen yang paling utama dalam memimpin manusia itu kepada beribadah kepada Allah. Rasulullah s.a.w bersabda,
"Dalam tubuh anak adam itu ada seketul daging,kalau baik daging yang seketul ini maka baiklah keseluruhan tubuhnya,jika buruk seketul daging itu maka buruklah keseluruhannya,ketahuilah olehmu itu ialah hati".

Beruntung kita yang membersihkan hati !

www.iluvislam.com
Abang Imam
Editor: Afdhal87

diam!!!!shut up!!!usqut!!!!!!se taire!!!




Diam orang mukmin itu ibadah,
Ibadah tanpa perbuatan,
Ibadah rasa,
Ibadah ini tidak meletihkan,

Kadang-kadang ibadah ini lebih baik daripada ibadah sunat,
Yang hatinya didalam kelalaian,
Macamana orang mukmin itu diamnya menjadi ibadah?

Kadang-kadang memikirkan dosanya,
Kadang-kadang memikirkan apa kebaikan yang nak dibuat,
Kadang-kadang memikirkan nak menolong kawan,
Kadang-kadang dia terasa kebesaran Tuhan,

Atau dia meniatkan, dia diam itu,
Tidak mahu bercakap yang bukan-bukan,
Kadang-kadang dia diam itu,
kalau dia bercakap,
Takut dia melakukan kesalahan,
Seperti dia mengumpat atau,
Kalau dia bercakap, takut-takut menyakiti hati orang,
Atau dia diam itu, menghormati percakapan orang,

Mungkin orang itu bercakap baik dapat pengajaran,
Atau dia hendak mengenal orang yang bercakap itu,
Baik atau jahat,
Dia biarkan saja orang itu bercakap,
Dan mendengar sahaja,
Kerana nak mengenal orang itu,

Kadang-kadang dia diam itu memikirkan dosa-dosa yang lalu,
Ataupun kecuaian dan kelalaian,
Yang telah dibuat, supaya dia bertaubat,
Ataupun mengingatkan ilmu pengetahuan,
Ataupun pengetahuan yang dilupakan datang semula ingatan,

Itulah yang dikatakan oleh pepatah Melayu,

"Diam-diam ubi berisi"

atau
"Diam-diam tong kosong"

atau
"diam-diam tong berisi sampah penuh kotoran ?"



Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat berbicara kearah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.

Sunday, March 28, 2010

rasulullah bersabda:“Wahai Muaz, engkau bertanyakan kepada aku perkara yang amat besar....

PADA suatu hari, Muaz bin Jabal menghadap Rasulullah SAW dan bertanya:
“Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah:
Ketika sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris.
”(Surah an-Naba’, ayat 18).
Mendengar pertanyaan itu, Baginda menangis hingga basah pakaiannya.
Lalu Baginda menjawab: “Wahai Muaz, engkau bertanyakan kepada aku perkara yang amat besar, bahawa umatku akan diiring, dikumpulkan berbaris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri."
Maka, dinyatakan apakah 12 barisan itu.

Barisan 1, diiring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki.
Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih bermaksud: “Mereka itu ialah orang yang ketika hidupnya menyakiti hati jirannya, maka ini balasannya.”

Barisan 2, diiring dari kubur berbentuk babi hutan.
Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: “Mereka itu ialah orang yang ketika hidupnya meringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembalinya adalah neraka.”

Barisan 3, diiring dari kubur berbentuk keldai, perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking.
Mereka ialah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.

Barisan 4, diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.
Mereka ialah orang yang berdusta dalam jual beli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka.

Barisan 5, diiring dari kubur dengan bau busuk. Ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.
Mereka itu ialah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui manusia, tetapi tidak pula takut kepada Allah, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."

Barisan 6, diiring dari kubur dengan kepala mereka terputus dari badan.
Mereka ialah orang yang menjadi saksi palsu. Inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka.

Barisan 7, diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah, tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah.
Mereka ialah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.

Barisan 8, diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.
Mereka ialah orang yang berzina. Inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.

Barisan 9, diiring dari kubur dengan wajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.
Mereka ialah orang yang makan harta anak yatim dengan cara haram, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.

Barisan 10, diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh sopak dan kusta.
Mereka ialah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.

Barisan 11, diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta, gigi memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir melebar sampai ke dada dan lidah terjulur memanjang sampai ke perut serta keluar beraneka kotoran.
Mereka ialah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.

Barisan 12, mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat.
Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:
“Mereka ialah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat.
Maka, inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredaan Allah Yang Maha Pengasih.”

allahuakbar..ya allah ya tuhan kami jauhkan lah kami dari memasuki barisan 1-11 yang disebut dalam hadis ini dan berilah kami ditempat barisan yang ke12 di akhirat kelak yang disebut dalam hadis ini...rahmatilah kami ya allah....RENUNGKANLAH SAHABAT2
SEKALIAN..


GAMBAR BARISAN SEKADAR HIASAN

dUnIA InI hAnYA sEndA gUrAu!!!

allah berfirman yang bermaksud:
"dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau..sedangkan negeri akhirat itu,sungguh lebih baik bagi orang yang bertakwa..tidakkah kamu mengerti?"
(al-an'am:32)

ayat yang lain allah juga telah berfirman yang bermaksud:
"tinggalkanlah orang2 yang menjadikan agamanya sebagai permainan dan senda gurau,dan mereka telah tertipu oleh kehidupan dunia.peringatkanlah (mereka) dengan al-quran agar setiap orang tidak terjerumus(ke dalam neraka),kerana perbuatanya sendiri. tidaka ada baginya pelindung dan dan pemberi syafaat(pertolongan)selain allah..........
(al-an'am:70)

subhanallah..same2 kita renungkan..adakah kita nak menjadikan agama kita sebagai senda gurau??????nauzubillah..moge2 kita semua mendapat rahmat dan ampunan dari allah s.w.t..
amin..

p/s:
letakkanlah dunia ditangan kamu


tapi jangan letakkan dunia di hati kamu..

Thursday, March 25, 2010

3 CAHAYA DI HARI KIAMAT!!!

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :

* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama ialah : cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.
Yang kedua ialah : wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.
Cahaya yang ketiga ialah: cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."

AiR MaTa NaBi AdAm!!!!

Air Mata Nabi Adam

Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt. Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini." Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."


Apa Yang Akan Ditanya:
Dalam sehari ada 24 jam. ? Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali. Dalam setiap kali bernafas Allah akan tanya dua perkara semasa nafas keluar dan masuk. Pertanyaan itu ialah, "Apa perbuatan yang kita lakukan semasa nafas itu keluar dan masuk?

ALLAHUAKBAR...SUBHANALLAH...SAME2 KITA AMIK IKTIBAR..SAME2 KITA BERUBAH KE ARAH YANG LEBIH BAIK...

6 PERKARA DALAM 6 PERKARA..RENUNGKAN!!!

Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

1. Allah S.W.T telah menyembunyikan REDHA-NYA dalam TAAT.
2. Allah S.W.T telah menyembunyikan MURKA-NYA di dalam MAKSIAT.
3. Allah S.W.T telah menyembunyikan NAMA-NYA yang Maha Agung di dalam
AL-QURAN.
4. Allah S.W.T telah menyembunyikan LAILATUL QADAR di dalam bulan
RAMADHAN.
5. Allah S.W.T telah menyembunyikan SOLAT yang paling utama di dalam
SOLAT (yang lima waktu).
6. Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) HARI KIAMAT
di dalam SEMUA HARI.

SUBHANALLAH...SAME2 KITA BERUBAH KE ARAH YANG LEBIH BAIK..INSYAALLAH..

Tuesday, March 23, 2010

doa cinta!!!!




ya allah..
jika aku jatuh cinta..
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padamu..
agar bertambah kekuatanku untuk mencintaimu..

ya rabbi...
jika aku jatuh hati..
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya bertaut padamu..
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaimu..

ya rabbul izzati..
jika aku rindu..
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanmu..

ya rafi'..
jika aku menikmati cinta hambamu
jangalah kenikmatan itu..
melebihi nikmatnya bermunajat kepadamu..

ya mu'iz..
jika aku jatuh hati pada hambamu..
jangan biarkan aku terjatuh dalam perjalan menyeru manusia kepadamu..

ya'azim..
jika aku merindui hambamu..
jangan biarkan aku melampaui batas..
sehingga melupakan aku pada cinta hakiki
dan rindu abadi hanya kepadamu...

ya allah..
berilah aku mencintai orang yang beriman..
dan berilah orang yang beriman mencintaiku..


amin ya rabbal alamin..


Friday, March 12, 2010

AkU hAiRaN !!!!

"aku hairan melihat org yg yakin akn mati tp die tetap begembira.
aku hairan melihat org yg yakin terhadap api neraka tp dia masih tertawa.
aku hairan melihat org yg yakin dgn qada' dn qadar allah tp dia masih berpenat
lelah.
aku hairan melihat org yg nmpk kehinaan dunia tp dia tenang dgnya.
aku hairan melihat org yg yakin ade hisab tp dia x beramal"
--ayat2 dalam suhuf musa-
(riwayat ibn hubban dan hakim)

ALLAHUAKBAR...SAME2 KITA BERUBAH KE ARAH YANG LEBIH BAIK..
YA ALLAH AMPUNKAN DOSA2 KAMI..
BAIK DOSA BESAR..DOSA KECIL..DOSA NYATA DAN DOSA TIDAK NYATA...
AMIN....

Thursday, March 11, 2010

rAsAkAnLaH balasanya!!!!!!!


BALASAN MENINGGALKAN SOLAT

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.
Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"
Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya."
Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.
Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"

Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."



Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, menagapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."
Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?"
Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :"
1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah. 
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya. 
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Maka inilah balasannya..
Allahuakbar!!! Same-samelah kita berubah kea rah yang lebih baik…

Sunday, March 7, 2010

AyAH iBu dEngArkaNlah!!!!!!!!!!



Kisah RM 20

Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada ayah.....

Anak: Ayah...ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?

Ayah: Hmmm....nak tanya apa?

Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?

Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sebuk-sebuk nak tanya? Si ayah mula menengking.

Anak: Amin saja nak tahu ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?

Si anak mula merayu pada ayahnya.

Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu?

Jerkah ayahnya lagi.

Anak: Oh..20 ringgit.. Amin menundukkan mukanya.

Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?

Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit? Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul berapa nih...!!"

Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit. Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini.

Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya. Didapati anaknya masih belum tidur.

"Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni" Si ayah mengeluarkan sekeping duit kaler merah.

Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang.

"Terima kasih banyaklah ayah!"

Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping note 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal. Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang.

"Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat duit tu??"

Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya. Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan.....

"Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari tu. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit..."

"Tak cukup duit nak beli apa??" Jerkah ayahnya lagi.

"Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. Nah..ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu. Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah.."

Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya...

The moral of this story... Kongsilah cite ni ngan sesape je yg anda suka tapi..yang penting skali, sharelah masa sebanyak 20 ringgit itu bersama2 dgn insan yang anda sayangi. Ini hanyalah setitis peringatan kepada sesiapa yang bekerja keras sepanjang hidupnya..yang bakal kerja sok lusa... atau sesiapa saja yang selalu sibuk...
Jangan biarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa dinikmati bersama2 dengan mereka2 yang begitu rapat dengan kita..yang sentiasa berada di hati kita..

Bayangkan...kalau kita mati.. nanti majikan kita akan senang2 cari orang lain..gantikan kita. Tapi..keluarga, rakan2 yang kita tinggalkan kat dunia ni pasti akan berasa suatu kehilangan sepanjang hidup mereka... Fikirlah...selama ni.. apa yang kita dah buat untuk keluarga kita?.. untuk insan yang kita sayang??

SeMuT pUn PAnDaI...kItA MaCaM mAnA???




Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu
peristiwa, apabila Nabi
Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di
atas batu; lantas
Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana
semut ini hendak hidup di
atas batu yang kering di tengah-tengah padang
pasir yang tandus.
Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada
semut: " Wahai semut apakah
engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH,
aku percaya rezeki
di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di
padang pasir
yang tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi
Allah Sulaiman pun
bertanya:

"Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan?
Apakah yang engkau
gemar makan? Dan banyak mana engkau makan
dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji
gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau
kamu makan hanya
sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di
atas batu, aku boleh
tolong".

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas,
dia angkat semut
itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian
Nabi ambil gandum sebiji,
dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu.
Kemudian Nabi tinggal semut
didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu
bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat
gandum sebiji
tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut,
lantas Nabi Allah
Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya
berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu
makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan
tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak
berbohong, kalau
aku ada di atas batu aku pasti makan apapun
sehingga banyaknya
sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana
makanan itu aku cari
sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah
dan Allah tidak pernah lupa padaku.

Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang
tertutup, rezeki
aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya
kepada kamu, sebab
itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan
dua bulan. Aku takut kamu lupa".

Itulah Iman Semut!!

IMAN MANUSIA??

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah
yang kerjanya
mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur
orang mati bukan kerja
orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa
ditanam, oleh itu
kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil
mengenai hamba Allah ini
ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.

Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam,
waris sudah lama
balik kerumah dan Munkar Nakir sudah menyoal,
barulah penggali ini
datang ke kubur untuk korek balik.

Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah
di INTERVIEW oleh
Munkar Nankir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3
kubur, 10 kubur, 50 kubur
sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi
kepada Imam Suffian dan
bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah
daripada 100kubur orang Islam yang aku gali, dua
sahaja yang mana mayat di dalamnya masih
berhadap kiblat.

Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?". Jawab
Imam Suffian:"
Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang
percaya rezeki itu di
tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa
rezeki di tangan
Tuhan".

Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan
dengan SOGOKAN duit
yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih.
Nyatalah iman semut
lebih kuat dari iman manusia.

Kata Saidina Ali:

"ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA".
"ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU
MENJAGA HARTA".
"ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN".
"HARTA BERKURANGAN APABILA
DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH
APABILA DIBELANJAKAN".

Mencari keredhaan Allah itu lebih utama dari
memenangi hati pemimpin dan menggembirakan
orang2 munafik kerana orang munafik sangat suka
dan bermanis mulut untuk memesongkan akidah
dan keimanan kita tanpa kita sedari.
Berbahagialah bagi mereka2 yang dapat
membawa
orang2 kafir ke jalan yang benar dan sengsaralah
bagi muslim yang membiarkan diri dipengaruhi
oleh orang yang kafir..hadith riwayat muslim.

"Seseorang yang tidak ada sebahagian Al-Quran
di dalam hatinya
adalah seumpama rumah yang ditinggal kosong"

Wednesday, March 3, 2010

kehebatan zikir dan majlis zikir!!!!!!







rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:





"para malaikat itu menaungi mereka dengan sayap2 mereka yang bercantum antara 1 same lain sehingga merangkumi mereka dan langit dunia. apabila ahli2 zikir itu telah bersurai, malaikat itu akan naik ke langit dan mereka ditanya oleh ALLAH s.w.t (SESUNGGUHNYA ALLAH S.W.T TELAH MENGETAHUI): "kamu datang dari mana?" malaikat menjawab: "kami datang daripada hamba2Mu di bumi." ALLAH s.w.t bertanya(SESUNGGUHNYA DIA LEBIH MENGETAHUI): "apakah yang diucapkan oleh hambaku?" malaikat menjawab: "mereka bertasbih,bertakbir dan bertahmid memuji engakau" ALLAH s.w.t bertanya (sesunggunya ALLAH LEBIH MENGETAHUI) "adakah mereka melihat aku? malaikat menjawab"Demi ALLAH mereka tidak melihat engkau..ALLAH s.w.t berkata"bagaimana sekiranya mereka melihat aku?" malaikat menjawab"sekiranya mereka melihat engkau nescaya mereka akan lebih giat melakukan ibadah,lebih banyak bertahmid,bertakbir dan bertasbih pada engkau"ALLAH s.w.t bertanya" apakah yang mereka pinta daripada aku? malaikat menjawab "mereka meminta masuk syurga." ALLAH s.w.t bertanya"adakah mereka telah melihat syurga? malaikat menjawab "demi ALLLAH mereka tidak pernah melihatnya." ALLAH s.w.t bertaanya "bagaiman sekiranya mereka melihatnya?"malaikat menjawab "sekira mereka melihatnya nescaya mereka akan lebih ghairah untuk memasukinya dan lebih kuat untuk meminta agar dimasukkan ke dalamnya" ALLAH s.w.t bertanya"apakah yang mereka minta untuk dilindungi?" malaikat menjawab"daripada api neraka" ALLAH s.w.t bertanya :"adakah mereka melihatnya? malaikaat menjawab "demi ALLAH mereka tidak melihatnya" ALLAH s.w.t bertanya:"bagaimana jika mereka melihatnya? malaikat menjawab" mereka menjauhkan diri daripadanya dengan lebih gigih lagi dan merreka akan lebih takut lagi kepadanya> ALLAH s.w.t berkata "AKU bersaksikan dengan kamu bahawasanya AKU TELAH MENGAMOUNI DOSA MEREKA"


salah satu malaikat berkata : Di kalangan mereka ada seorang yang termasuk dalam ahli zikir tetapi dia datang kerana sesuatu hajat(iaitu datang bukan untuk berzikir bersama mereka ) ALLAH s.w.t menjawab "AKU juga telah mengampunkan dosanya.mereka itu merupakan satu kaum yang mana orang yang bersama mereka tidak akan ditimpa derita"



(riwayat bukhari dan muslim)