Friday, May 29, 2009

syafaat dari alquran!!!!!!!!

Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

"Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi,bukan malaikat dan sebagainya".

Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah.

Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa "Apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri dibahagian kepalanya.

Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai termasuklah ahli-ahli keluarga dan kekasih kita akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat;Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.

Tetapi orang yang kacak itu akan berkata : "Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehinggaaku membawanya masuk ke syurga!"

Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata: "Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat."

"Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasadukacita lagi" Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat - malaikat dari syurga"

Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi. Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkan untuk tempoh sesaat.


Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagiyang akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan - amalan kita sewaktu didunia. Allah telah menjanjikan Al-Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar.

Wallahua'lam......

Tuesday, May 26, 2009

renungkanlah dan hayatilah!!!!

Dan Dia menundukkan malam dan siang matahari dan bulan untukmu, dan bintang² dikendalikan dengan perintahNya.Sungguh, pada yang demikian itu benar² terdapat tanda-tanda kebesaranNya bagi orang yang mengerti.
16:12

sekiranya engkau ditanya!!!!

Sungguh,sudah berapa banyakkah ayat suci TuhanMu yang engkau hafaz??

Katakanlah: WALLAHI... sesungguhnya yang lebih penting dari itu ialah berapakah ayat sucinya yang masih aku ingat... ..

Sekiranya engkau ditanya, sungguh sudah berapa banyakkah ayat suci TuhanMu yang engkau ingat??

Katakanlah : WALLAHI... .sesungguhnya yang lebih penting dari itu ialah sudah berapakah ayat suciNya yang aku tadabburkan... .

Sekiranya engkau ditanya, sungguh sudah berapa banyakkah ayat suci TuhanMu yang engkau tadabburkan??

Katakanlah : WALLAHI... .sesungguhnya yang lebih penting dari itu ialah sudah berapakah ayat suciNya yang aku benar2 patuhi, amal dan praktikkan...

Sekiranya engkau ditanya,sungguh sudah berapa banyakkah ayat suci Tuhanmu yang engkau benar2 patuhi, amal dan praktikkan??

Katakanlah : WALLAHI... .sesungguhnya yang demikian itu AMAT SEDIKIT BERBANDING DOSA DAN MAKSIATKU... ...


Buat insan-insan yang sering menadah tangan ke langit mohon rahmatNYA...


"Ya Allah, Engkau turunkan Al-Quran membawa kebenaran. Bahkan kerana kebenaran jugalah ia turun.

Ya Allah, tingkatkanlah kecenderunganku untuk membacanya. Jadikan Al-Quran bagiku penyerlah pandangan, penyembuh jiwa, pengubat duka lara yang menghapus kesedihan dan dukacita.

Ya Allah, jadikan Al-Quran basahan lidahku, penyeri wajahku, penyegar jasmaniku. Beratkan timbangan amal solehku dengan Al Quran. Kurniakan padaku kudrat membaca dan mematuhi suruhanMu sepanjang malam dan siang. Himpunkan diriku bersama RasulMu Nabi Muhammmad SAW dan keluarga baginda yang mulia."

Rendahkanlah diri dan hatiMu kepadaNya... sesungguhnya betapa penting peranan doa dalam kehidupan mukmin.

"Hai manusia!! Allah telah memerintahkan kamu supaya menyuruh orang berbuat baik dan melarang mereka dari melakukan maksiat. Jika tidak, akan tiba suatu hari tatkala kamu berdoa kepadaNYa, DIa tidak akan mendengari doammu, kamu memohon keperluan dari Nya tetapi Dia tidak akan memberinya, kamu memohon bantuanNYa terhadap musuh-musuhmu tetapi Dia tidak akn membantuMu." Hadith riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Hibban - Targhib