Saturday, June 13, 2009

pohon semalu(RENUNGKANLAH)

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a.

Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu,

kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah

gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan

tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait

rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita

hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.Pertama, pohon

semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini bolehdi ibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai

perasaan malu (pada tempatnya).Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk

mempertahankan dirinya.Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah

sebagai seorang wanita muslim.Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat

dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang

sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan

sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke

rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia berduri

namun ia sangat bererti

Bagi mereka yang berfikir

No comments: